Monday, 30 September 2013

PERMULAAN

Salam dan selamat sejahtera.

Nama diberi, Muna Athirah dan anda semua boleh memanggil saya Muna.
Masih belajar di sebuah institusi kerajaan yang diberi nama Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dengan izin Tuhan, saya akan bergraduasi pada tahu 2015.
Saya juga merupakan seorang penganut agama Islam.
Saya bukanlah seorang Islam yang sempurna.
Namun,saya juga bukanlah seorang Islam yang daif.
Saya hanya manusia biasa yang sering belajar dari kesilapan dan akan terus belajar erti kehidupan.
Entri yang pertama ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kehidupan.
Seperti tajuk yang tertera,entri ini akan mengisahkan tentang PERMULAAN
Permulaan bukan sahaja untuk perkara yang pertama kali kita ceburi
Andai kita gagal, kita boleh memulakan sesuatu perkara dari PERMULAANnya.
Secara ringkas,saya ingin menasihatkan kepada para pembaca agar tidak mudah putus asa
Kerana, 'gagal sekali, tidak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya'.
Andai kita jatuh,kita harus segera bangun dan membuktikan kepada mereka yang lain bahawasanya
tiada perkara yang kita tidak dapat tangani.
Dimana ada usaha,disitu ada jalan.
Hidup ibarat roda
Kadang di atas dan kadang dibawah.
Bersederhanalah dalam setiap yang dilakukan.
Kerana itu merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w

Sekian dari saya,






No comments:

Post a Comment